Tuesday, 19 January 2016

Info Pemakanan Anakku

Maksud makanan yang baik

1) Makanan yang berkhasiat
Makanan yang mempunyai kandungan nutrisi yang diperlukan oleh badan seperti Karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam mineral.

2) Segar

Makanan yang segar bermaksud makanan  baru yang tidak disimpan dalam tempoh masa yang lama termasuk tidak menggunakan bahan pengawet.

3) Tidak diproses

Semakin banyak proses yang digunakan dalam menghasilkan sesuatu makanan semakin banyak kabaikan yang terdapat dalam makanan tersebut akan hilang. Contohnya dalam penghasilan gula pasir. Manisan yang diperah daripada tebu asalnya berwarna coklat keperangan kerana kandungan molases yang terdapat di dalamnya. Kemudian, proses penyingkiran molases akan dilakukan dengan menggunakan bahan peluntur bagi menghasilkan gula yang berwarna putih. Molases yang disingkirkan, disitulah terdapat banyak mineral penting seperti kalsium, kalium, magnesium dan besi. Pengambilan gula putih bukan sahaja sia-sia kerana tidak memberi kebaikan pada tubuh manusia atas kehilangan mineral penting ini, bahkan memberi kesan buruk akibat penggunaan bahan peluntur dalam proses penghasilannya yang secara tidak langsung masuk ke dalam tubuh.

4) Tumbuhan: bebas bahan kimia.

Bagi kebanyakan pengusaha ladang, penggunaan racun serangga digunakan dalam perusahaan bagi mengelakkan kerosakan pada tumbuhan akibat haiwan kecil agar hasil pertanian kelihatan segar dan cantik. Bagaimanapun penggunaan bahan kimia ini sangat memberi kesan yang negatif kepada tubuh manusia pada jangka masa panjang.

5) Haiwan peliharaan: 'Free-Range' , bebas antibiotik dan hormon.

'Free-Range' bermaksud haiwan yang dipelihara dengan diberi kebebasan bergerak mengikut fitrahnya. Bebas bergerak mendapatkan matahari dan makanan daripada sumber semulajadi. Ia juga bebas dari sebarang hormon penggalak dan suntikan antibiotik dalam apa juga bentuk. Mudahnya, ayam kampung yang dipelihara cara dulu-dulu yang dibiarkan merayau-rayau mencari cacing atau makanan sendiri.
Young meat chickens enjoying fresh pasture. Note the small doors cut into the side of the hutches. These allow us to run new alleys for the birds.

Maksud makanan yang mudarat



1) 'Junk Food'
- Iaitu makanan yang mempunyai nilai nutrisi yang rendah seperti kurang vitamin dan mineral.
- Mengandungi kandungan lemak, gula, garam dan kalori yang tinggi

2) Makanan segera atau 'fast food'

3) Makanan dalam tin/ kotak/ peket  yang mempunyai tarikh luput yang panjang

4) Makanan yang mengandungi penahan, pewarna dan perasa tiruan

5) Makanan yang diproses


Kesan makanan mudarat pada anak kecil
Pengambilan makanan sangat penting dalam proses perkembangan anak. Penerapan makanan mudarat pada anak-anak akan memberi kesan buruk terhadap tahap kesihatan badan dan emosi anak.
  • Anak kelihatan tidak bertenaga
  • Kurang tumpuan
  • Sering pening, buntu dan cepat marah



No comments:

Post a Comment