Sunday, 24 January 2016

Snek Sihat Anakku

1) Bebas pengawet, pewarna dan perasa tiruan (Bahan Aditif)
Bahan aditif adalah bahan yang digunakan oleh industri memproses makanan/ minuman bagi menghasilkan produk yang tahan lama, kelihatan menarik dan mempunyai rasa yang sedap. 
Kajian menunjukkan aditif boleh mengganggu sistem tubuh manusia. Kesannya akan kelihatan pada kelakuan anak-anak dan boleh menyebabkan anak-anak hiperaktif. Boleh juga memberi kesan kepada 'asthma' dan 'allergy'. 
Contoh-contoh aditif adalah:
  • Tatrazine (E102) - Pewarna
  • MSG (E621) - Perisa
  • Aspartame - (E951) - Pemanis
  • Allura Red (E129) - Pewarna
  • Asid Benzoic (E210) - Pengawet
  • Butylated hydroxy-anisole (BHA) (E320) - Pengawet
Sumber: Nury Institut

2) Snek yang diproses secara semulajadi/ kurang diproses.
Snek yang diproses secara semulajadi bermaksud snek yang dihasilkan dengan cara mengekalkan kandungan nutrien yang terdapat di dalam bahan dan tanpa sebarang tambahan unsur kimia. 
Snek yang diproses termasuk snek yang menggunakan bahan-bahan yang telah diproses seperti bahan tenusu, tepung putih, gula pasir dan sebagainya. Pengambilan bahan proses secara berulang dan kerap akan memberi kesan buruk terhadap tahap kesihatan manusia.

3) Menggunakan manisan semulajadi.
Manisan semulajadi adalah manisan yang tidak menjalani proses kimia dalam penghasilannya seperti kurma, madu, molasses, gula kabung dan gula melaka. Bagaimanapun harus dipastikan manisan tersebut adalah asli dan tiada unsur campuran gula pasir atau manisan tiruan lain. Manisan semulajadi bukan sahaja bebas daripada kimia merbahaya, malah vitamin dan mineral penting yang terkandung di dalamnya masih  dapat dikekalkan.

4) Bahan dengan Indeks Glisemik rendah.

Glisemik Indeks (GI) adalah jangka masa sesuatu makanan untuk bertukar menjadi glukosa dalam darah. Untuk menilai GI dalam sesuatu makanan, ia diberikan nillai 0 - 100 yang mana pada nilai kurang daripada nilai 50 adalah GI randah, nilai 56-69 GI sederhana dan 70 ke atas GI tinggi. Semakin tinggi nilai GI semakin cepat sesuatu makanan bertukar menjadi glukosa dalam darah begitu juga sebaliknya. Pengambilan makanan GI tinggi harus dikurangkan/ dielakkan bagi mencegah penyakit kronik seperti diabetis, drah tinggi, sakit jantung, kolestrol tinggi, strok dan kanser. 

Sumber:dr.zubaidi.com


4) Terdiri daripada bijirin berkhasiat atau kekacang.

Bijirin berkhasiat dan kekacang antara makanan yang tinggi kandungan nutrien. Pengambilan dua sumber penting ini bukan sahaja memberi manfaat yang banyak pada kesihatan tubuh malah dapat mencegah badan dari pelbagai jenis penyakit merbahaya.

Sumber: mercola.com


No comments:

Post a Comment